Pages

12 November 2010

Sebagai Renungan




Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah
menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.
Setelah nabi adam dihantar ke dunia
kerana kesalahanya memakan buah larangan
maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as
supaya mengambil api dari neraka untuk
dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as.
Maka jibril as pun diperintahkan
untuk meminta api tersebut daripada malaikat
penjaga api neraka iaitu Zabaniah.





Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka
untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril: sebesar kurma...


Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu 
engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit
dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.


Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...


Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini
engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun
walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun
tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..






Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil
sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.
Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah
dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan
api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan
dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga
dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70






Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan
di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu
terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api
tersebut dan dihantar semula ke neraka.






Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang
sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api
yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.






PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana,  tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"


(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku
di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.
Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku
pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap,
sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"


(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"


(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"



0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn