Pages

25 August 2010

Menu tekejut...

Semalam...
Alik2 keje...ingat nak ajaq makan luaq..
nthen...ujan n a.k.a mls....(laki aku ar)

AKu terus masuk dapuq...
masak2..dapat la 2/3 menu untuk berbuka untuk laki n anak aku 2...


 ~~~ Masakan ~~~

1. Nasi


2. Ikan Cencaru belah belakang
(LeTak sAmbAL BeLacAn)


3. Ikan kembung masin


4. Sayur cAp Cai
(ala2...resepi aku)



~~~ Air ~~~

1.Teh tarik


2. Air Limau...


(pergh......abis siut depa mkn...) ini hanyalah gambar semata2...
dipinjamkan ajer..pergh....

24 August 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

20 August 2010

tErBaBas.....


tEbAbO....tebabas sebab xbangun sahur.... hahahaha.....ada aku kesah...
kesah gak la...
hahahaha....
Lepak jap kt kedai mkn..
Mintak kt mamak 2..

Aku : Mamak, roti NAN 1....
Mamak : Siap...........


Kononnye semalam g giant...
nthen lik2...da kekenyangan...
nengok tv smpai kul 12.30...
brape byk kali nthen daaaaaa.......
hahahha....set jap kul 4.00 pagi..

Da la lagu alarm 2...jiwang karat....
Love story.. tutup n tido lik..
Sedaq2....
Ha...ko...mendayu2...dengar org yasin...da nk subuh....
So sempat minum air msk je...
hahahhahaha........

AH..nasib...begini la nasib.....
ari nie...naik moto g keje....
tgh nak lik.....
nak titon..
hahahaha......

19 August 2010

Kami selamanya..

KINI
DULU


..Ini la FAMILY kami..

Emak, Ayah Along, Angah n Adik

Wa kena beb..

1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
Blog aku DUNIA ADALAH PEMENTASAN HIDUPKU
 "CeRIta mEnGEnAI LiFe AKU"

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?

idea nie datang ngan sendirinya....
atas meminati subjek MATEMATIK...
n da mengena Fibonachi...
Terkeluar lew... FIBOCYNNO
3. apa method dlm penulisan anda?
"sUka ati Ape Nak nulis"
xda nk ikut tatabahasa
HANCUR
but da jiwang2 karat kot ayatnya

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Ada...sebab cam xbest

5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Akak aku- MARLONG n bro joe
6. bila blog anda diberanakkan?tahun 2009...Lps blog yang lame da di viruskan..hahaha....
7. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
Skolah...xde mengena...sowi xle jawab...
Orang nak komen n nak terjah sukati korang lew...

8. sepuluh org sterusnya bakal di tag.
~ MAS, FiZA dan sesiapa yang nak jawab…silakan…



Untuk MAKLUMAN

17 August 2010

LEMbutkan Ati SUami

Untuk melembutkan hati suami yangg garang
dan menurunkan kadar suhu
‘panas baranannya’ amalkan seperti:

 
1) Banyakan berdoa selepas solat,
hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami
supaya dilembutkan hatinya
dan diberi taufik serta hidayah.

 
2) Baca surah Taha ayat 1-8..
dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x -
“Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)…
sebagaimana Engkau lembutkan
besi ditangan Nabi Daud”

 
3) Ketika memasak basahkan lidah dengan
zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti
Surah As-Syura ayat 19 bermaksud:
“Allah Maha Lembut kepada hambaNya.
Dia memberi rezeki kepada sesiapa
yang Dia kehendaki dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

 
4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan
zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum,
Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Bila suami sedang naik angin
dan marahnya meluap-luap,
diamkan diri jangan dijawab.
Dalam mendiamkan diri bacalah
doa didalam hati dgn ayat:
1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250
yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami,
limpahkanlah sabar kepada kami
dan teguhkanlah iman kami
serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.
2) Dan bacakan ayat 200,
surah Ali Imran yg bermaksud:
“Wahai orang yang beriman!
Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaran kamu, dan bersedialah
serta bertakwalah
kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3) Begitu juga, amalkan Surah Toha ayat 1-8,
surah ar-Rahman ayat 1-4 dan
surah al-Insyirah.

 
Syaitan memang suka mengapi-apikan
suami yang sedang marah..
Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang.
Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud
“ Sesungguhnya syaitan itu
tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu
dan keagamaan supaya diberi jalan keluar
untuk muhasabah diri,
dengarkan ceramah-ceramah motivasi
dan agama supaya timbul kesedaran
untuk memperbaiki peribadi.
Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya,
Dia akan nampakkan
kekurangan-kekurangan pada hambaNya.
Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar.
 
Sebagaimana yang pernah saya dengar
dari guru-guru agama,
jika kita tidak menghadhirkan diri
untuk majlis ilmu selama 40 hari,
hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.
 
Janganlah berputus asa,
jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi
suami/isteri dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.
Pertolongan Allah akan datang bersama kesabaran



Puas.....le g2....

see...aktiviti nk thn lapo...
hahahaha....
mase nie kt angsana....nk g beli bj anak....
nthen nyanyi la dulu...

16 August 2010

PUAKA

tension se..
dok tringat psl smlm...
smlm g bazar..
kt JAYBEE....
nthen jumpe muke PUAKA...
ah..selamat xsinggah kedai puaka 2....
PUAKA>>PUAKA>>PUAKA>>
aku xdpt lupekan....
psl dia..
aku ngan suami bebalah.....
BTL2 PUAKA.....

KEHIDUPAN di pentas dunia

Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku
Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.
Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah
Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu
Ya AllahAku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang
Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.Ku berserah kepadamu
Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.

nie dr blog aku yang ilang b4 nie




























AKu umpama sampan buruk...

AKU vs SAMPAN

aku : Bile aku diperlukan bercakap baik denganku
sampan : Bile diperlukan ramai yang nak naik

sayang kamu

PERPISAHAN

Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana serinya mentari… rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan pelangi yang indah. Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah!

demam lagi....

CUACA PANAS nie le demam kn....
bujang aku dmm plak nie...sabo jer lew ngan dia sowang nie...
dmm windu kt maktok, paktok, abang danish, pakcik n mak long kot...
adoi budak sowang nie...
sabo jer la...
aku br lik dr klinik kesihatan...
alillah xde pe...
da kebah ckit...
hmm...cirit birit jer la...
ajiq2...sabo jer la...

LAGU.....

Ku harus menemui cintaku

Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Boleh berkongsi...

Maaf sebab lama tak update blog. Saya tersangat sibuk kebelakangan ini. Macam-macam hal berlaku. Sabor jer lah…huhu

Apapun, dalam post kali ini, saya nak kongsi 1 artikel yang saya rasakan sangat baik terutamanya kepada mereka yang telah berumahtangga.

Artikel ini adalah berkisar tentang permasalahan rumahtangga. Di bahagian jawapan yang disediakan, ada diterangkan panduan bagaimana menghadapi suami yang panas baran dan didedahkan juga mengenai ayat-ayat Quran yang boleh diamalkan untuk mengurangkan panas baran suami.

Baca, faham dan cubalah amalkan insyaAllah. Lagi bagus kalau dapat disebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Terima kasih.

Soalan:



SAYA mempunyai suami yang panas baran. Dulu tidaklah sebaran ini, ia masih boleh dikawal. Sekarang tak boleh tanya atau tegur sikit pasti dia melenting. Kalau bergaduh dia suka keluar malam dan balik pukul 2-3 pagi. Saya cuba berlembut dengan mengikut rentak dia tapi saya rasa tertekan. Beban keluarga diletakkan di atas bahu saya. Anak sakit, perbelanjaan anak-anak, duit dapur hampir semua saya yang urus.



Perasaan syak kuat menguasai saya. Mana tidaknya dia pernah ada perempuan lain. Banyak kali perkara ini terjadi tapi saya maafkan dia kerana fikirkan anak-anak. Saya cuba berbincang tapi semua usaha saya berakhir dengan pergaduhan. Sikapnya itu membuatkan saya tawar hati dengannya. Namun saya masih sayangkan dia dan pernah ajak dia dapatkan kaunseling tapi saya dimarahi.



Kadang-kadang hendak rasanya berpisah dengan dia tapi memikirkan anak-anak, saya batalkan niat itu. Hingga sekarang saya cuma mampu bersabar dan berdoa supaya dia lembut hati dan menjadi suami yang penyayang serta prihatin kepada keluarga. Apa yang merisaukan saya, kadang-kadang marah saya agak keterlaluan dan menyimpan perasaan dendam terhadapnya. Rasa bersalah memang ada tapi bila bergaduh semua itu saya tolak tepi. Apa yang perlu saya lakukan?





Jawapan:
Saya turut bersimpati di atas apa yang terpaksa puan tempuhi. Namun, begitulah pahit maung ujian kehidupan, bukan hanya puan seorang malah setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti ada suratan ujian masing-masing yang tidak dapat dielakkan seperti firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 2:

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Pengampun.” (67:02)

Walau bagaimanapun, Allah SWT telah memaklumkan kepada kita mengenai hal ini seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 155:

“Bahawasanya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut serta kelaparan, dan menghadapi masalah kekurangan harta benda, kehilangan jiwa dan berkurangannya hasil tanaman serta buah-buahan. Maka berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Allah SWT kemudiannya ‘mendidik’ kita tentang apa yang perlu dilakukan apabila ujian kehidupan mengundang dalam ayat seterusnya (2:156):

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka lantas berkata: “Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.”

Jadi, perbanyakkanlah lagi sabar sambil berzikir ayat ini: “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”.

Allah SWT telah menjanjikan orang-orang yang membuat amalan ini dengan tiga perkara:

Doa (kurniaan)

Rahmat

Hidayah daripada-Nya

Manakala di dalam ayat seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud.

“Mereka itulah orang-orang yang akan dilimpahi dengan berbagai-bagai kurniaan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk hidayah-Nya.”(2:157)

Bagi mengatasi masalah baran suami,

Cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:

“Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! ” (21:69)).

Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin.

Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami;

Bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ” (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

Bagi pihak puan juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu puan mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila puan bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Puan juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)

Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad - tempat bergantung. Puan boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan puan dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama ALLAH yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga puan dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan. Amin.

Sebagai satu alternatif, puan juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).

Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga puan, bacalah “Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca tiga kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Semoga keluarga puan terpelihara di dalam perlindungan Allah terutamanya anak-anak puan daripada mudarat perceraian. Amin

IBU..

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israil berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita disebabkan penyakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.
Satu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekali gus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar perlahan-lahan sebuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.
Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusapkan rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi terlupa menunaikan nazar yang dilafazkan ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya.
Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, “Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.” Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidurnya. Beberapa kali dia beristighfar sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Perasaan takut telah menerjah-nerjah nalurinya.
Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. “Nazar apa?” tanya si anak. “Begini… semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,” jelas si ibu. “Apa yang mesti kita lakukan?” tanya si anak selepas agak lama termenung. “Apa lagi galikan sebuah lubang kubur untuk mak!” perintah si ibu. “Gali kubur? Tapi.. bukankah kubur hanya untuk orang mati?”. Soal si anak penuh kehairanan. “Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya Allah mak akan selamat,” ujar si ibu selamba.
Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan air mata, si ibu menadah tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku daripada kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku.”
Dalam keadaan serba salah si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk mengambus lubang kukur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,” bisik si anak mengenangkan nasib sibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa meohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.
Didalam kubur, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luan. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya disebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh. Didapati ada suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila di intainya ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya.
Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: “Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami” pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, seekor lagi datang mematuk- matuk kepala wanita berwajah muram itu.
Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. “Bagaimana kamu memperolehi kemulian ini?” tanyanya lagi. “Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana kamu lihat.” Setelah itu, si ibu tadi bertanya pula kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. “Semasa di dunia,” jawabnya tersekat-sekat, “aku perempuan yang soleh, tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku sering kali derhaka kepada suamiku.” Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku… maka itulah Allah jadikan kubur ini tempat penyiksaan. “Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf.” “Insya Allah,” jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.
Tujuh hari kemudian,setelah tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelaki ibu tadi sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluluh kampung bahawa si ibu telah kembali semula selepas seminggu dikebumikan.
Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara. “Dialah arwah isteri saya” kata lelaki itu sayu. “Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana,” jelas ibu itu. “Baiklah… aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,” sambung lelaki itu lagi.
Aneh, malam itu si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung. “Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu. “Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,” ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.

sekilas : moga kalian di sana menjadi isteri yang solehah..begitu jugak aku satu hari nanti. amin

adoi..ape yang bz sgt ek..........

Da lame x updax blog aku..
tehape2 bz nye ntah....
uat2 bz..
atau pun memang bz..
atau pun cam da mls...
ah...g2 la pe'el aku nie....
kalu da mule nulih xberenti..
kalu xtulis...
besawang dlm blog aku....
xtrlmbt agikan aku ucapkan
...selamat berpuasa....
hmmm...
ari nie ari ke-6 yer...
Selamat berpuasa kwn2...
hmm....aku nie....
letihnye ari nie dtg keje...
aku...br lik kg.....
kg...jb lew....
g sane shopping sakan..
dapat la baju sowang sepasang...
aku belanja....(memang niat pn)
huhu...
hmm....penatnye..tehape2 ntah....
memang pnt pn...
smpai umah smlm kul 11 >....
ah..umah pn xsempat kemas..
lantak ar...
lik ptg nie br nk kemas......
biase la kalu da berjalan.....
smpai umah je...
tehape2 je nk kena uat..
letih se.....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn