Pages

17 August 2010

LEMbutkan Ati SUami

Untuk melembutkan hati suami yangg garang
dan menurunkan kadar suhu
‘panas baranannya’ amalkan seperti:

 
1) Banyakan berdoa selepas solat,
hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami
supaya dilembutkan hatinya
dan diberi taufik serta hidayah.

 
2) Baca surah Taha ayat 1-8..
dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x -
“Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)…
sebagaimana Engkau lembutkan
besi ditangan Nabi Daud”

 
3) Ketika memasak basahkan lidah dengan
zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti
Surah As-Syura ayat 19 bermaksud:
“Allah Maha Lembut kepada hambaNya.
Dia memberi rezeki kepada sesiapa
yang Dia kehendaki dan
Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

 
4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan
zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum,
Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Bila suami sedang naik angin
dan marahnya meluap-luap,
diamkan diri jangan dijawab.
Dalam mendiamkan diri bacalah
doa didalam hati dgn ayat:
1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250
yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami,
limpahkanlah sabar kepada kami
dan teguhkanlah iman kami
serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.
2) Dan bacakan ayat 200,
surah Ali Imran yg bermaksud:
“Wahai orang yang beriman!
Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaran kamu, dan bersedialah
serta bertakwalah
kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3) Begitu juga, amalkan Surah Toha ayat 1-8,
surah ar-Rahman ayat 1-4 dan
surah al-Insyirah.

 
Syaitan memang suka mengapi-apikan
suami yang sedang marah..
Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang.
Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud
“ Sesungguhnya syaitan itu
tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman
dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu
dan keagamaan supaya diberi jalan keluar
untuk muhasabah diri,
dengarkan ceramah-ceramah motivasi
dan agama supaya timbul kesedaran
untuk memperbaiki peribadi.
Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya,
Dia akan nampakkan
kekurangan-kekurangan pada hambaNya.
Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar.
 
Sebagaimana yang pernah saya dengar
dari guru-guru agama,
jika kita tidak menghadhirkan diri
untuk majlis ilmu selama 40 hari,
hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.
 
Janganlah berputus asa,
jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi
suami/isteri dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.
Pertolongan Allah akan datang bersama kesabaran



 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn