Pages

07 May 2009

rAsA kEcEwA

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa :

TERIMA KENYATAAN
Kita hanya mampu merancang,
Tuhan yang menentukan.
Sebagai manusia,
kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi.
Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik,
tetapi
ada masanya kita juga diuji dengan pelbagai dugaan.
Rasa kecewa itu adalah antara ujian dan dugaan-Nya yang diberi pada kita.
Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu,
ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati - hati dan menjadikan kita insaf.

BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama - kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.
BERFIKIRAN POSITIF
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda.
Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup.
Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.
LUAHKANNYA
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri.
Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan stress.
Apa yang penting,
anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang lebih rapat dengan anda.
Jika anda mengadu, sedikit sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda perolehi daripada mereka.
BERI TUMPUAN PADA HIDUP
Teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yang diinginkan.
Apabila anda mempunyai fokus,
segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah.
Apa yang penting,
jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga anda berasa sangat kecewa.
KUATKAN SEMANGAT ANDA

0 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn