Pages

23 December 2009

~mY sWeeT mEmOry~


21 December 2009

...Kenangan bergambar bersama family...
...semasa menyambut ulang tahunku yang ke 27 tahun...
...Ku mengharap kebahagian dari keluargaku...
...Ya ALLAH...
...engkau berikan la kami kebahagian itu Ya ALLAH...
...dUnIa dan aKhIrat...
...Amin...

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAh...




21 December 2009

21122009


~mY BuFday~





17 December 2009

SEDIH

dari ke ari....
harga diri aku da xde?
sume ilang dek keadaan...
suria wake up suria...
wAke uP...



ko xlemahkan...
2 sume dibenak atiku....
ko kuat suria...
ko bkn lemah...

aku selalu tolong ko...
aku adalah ko...
ko adalah aku....
nape perlu aku lemah disebabkan seseorang....

Ya ALLAH...
mane keyakinan aku?
mane?



Ya ALLAH engkau disisi aku...
engkau disamping aku...
engkau bg la aku kekuatan Ya ALLAH....
Aku hanye hambamu Ya ALLAH
tiada siape yang SETANDING denganmu....
Ya ALLAH...
bantu lah aku yang sekarng nie...
dalam kekusutan!!!

~JIKA~

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi


Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu


Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali


Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

 


Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

16 December 2009

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s..a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:




1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin,
ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,
Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya,
hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati" dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari,
turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut
nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang
Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia
dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca
pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka.
Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan
dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,
dia adalah orang-orang yang munafik.


$-Untuk renungan semua-$

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan  Nabi Sulaiman a.s



Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainnaillaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat
yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat
dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari seksa neraka.


 Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar
atau membuang email ini begitu sahaja,
malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manafaat kepada manusia lain...

ari isnin punye N3

anak kesayangan aku DEMAM...
waduh2....takut aku d uatnye....
dr tgh td aku da lik....

pg td aku da ghase dedar da..
cam nk demam...aku la...punye2
xtau plak haziq nk dmm...
aku boleh terlelap dpn kom td....

tgh lps mkn aku tido jap kt opis...
bkn tertido trus...juz terlelap jer...
tup2 da pn kul 2....
du dmm dlm kul 2.15 org yg jg anak aku...
sms kate anak meracau...trus aku lik...
pergh...atas bus, taxi...
air mengalir jer tringat kat dia...
nthen...smpai2 umah ldlm kul 3.10 laki aku da amik dia...
aku nengok muke anak aku dia pun dok minum susu..
br aku lega....
lik2...aku trus kiss dia...
nthen aku ngan laki aku bwk dia g klinik..

waduh...pnt sgt la....
sebanarnye ari sabtu ari 2 aku g N9...
nnti aku msk kn gmbar anak aku...
nthen...
lik kluang,
mak asatu family ikut..
(MAK, AYAH, KAKLONG, DANISH N TACHIK)
2 la main sakan smpai xingat dunia...

now da kebah la...
aku lak mc smlam...
mkn ubat...
(METformin) pnye psl...
trus pengsan...
now da k skit...
ari nie keje la...

14 December 2009

~windu bangat~



CAYE?
XCAYE?
CAYE?
XCAYE?

HMM...APE YANG aku pk kn sekarang nie?
btl ker?..
pe semua nie?
adoi....
Kalu btl dia da berubah...
AKu bersyukur YA ALLAH...

Ya Allah aku windu akan kemesraan suami isteri dr suamiku,



smalm...suamiku peluk n sayang dahi aku
sebanyak 3 kali b4 tido....

Ya Allah adakah dia sudah berubah?
dia sayang aku?
betul ke Ya ALLAH?





11 December 2009

~ujian~


 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

 
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah ayat 216.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Surah Al-Baqarah ayat 286.

RASA FRUST?
“Janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sebab kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”
Surah Al-Imran ayat 139.

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan ).”
Surah Al-Imran ayat 200.

“Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
Surah Al-Baqarah ayat 45.

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”
Surah At-Taubah ayat 111.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
Surah At-Taubah ayat 129.

AKU TAK DAPAT TAHAN!!
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.”
Surah Yusuf ayat 12.

SABAR itu IMAN, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman.
Silence is golden when you don’t have a good answer.

AKAL senipis rambut dengan ILMU.

HATI serapuh kaca dengan IMAN.

NALURI selembut sutera hiasi dengan TAQWA

CINTA PERLU ADA SEBAB?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka:








 Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami: Menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri: Tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

~sEdEkAh~

Zainab adalah Seorang isteri yang hartawan
telah berkahwin dengan Abdullah bin Masud RA
seorang yang miskin.
Beliau sangat berhajat untuk mensedekahkan harta
kepada suaminya tetapi merasa ragu-ragu
samaada perbuatannya itu dibolehkan atau sebaliknya.


Zainab menyuruh Abdullah bin masud
supaya pergi berjumpa Nabi SAW
untuk mengadu hal apakah hukum
beliau boleh bersedekah untuknya.
Suaminya berasa keberatan
untuk berbuat demikian dan menyerahkan urusan itu
kepada isterinya.







Zainab terus pergi kerumah Nabi SAW
dan didapati di rumah nabi
ada seorang perempuan
yang mengalami masaalah yang sama.
Semasa berbual-bual,
kemudia lalu Bilal
dan meminta jasa baik Bilal
untuk menanyakan kepada Nabi SAW.
tetapi beliau meminta Bilal
menrahasiakan pengenalan diri
kerana malu kepada Nabi SAW.

Setelah Bilal bertemu dengan Rasullullah SAW,
barulah dapat merungkaikan
masaalah yang terbuku selama ini
bahawa Rasullullah SAW
memberitahu bahawa seseorang isteri
yang bersedekah kepada suaminya
akan mendapat 2 pahala iaitu
pahala sedekah dan pahala kerabat

Kesimpulannya wahai isteri-isteri
banyaklah memberi pertolongan
kepada suami-suami anda
jika anda mahu kedua-dua pahala tersebut
disamping ia juga
akan mendapat payung dimahsyar nanti.
Insya Allah..






10 December 2009

10 SiFaT PeRiBaDi yAnG LUHUR

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting
dan berharga dalam kehidupan seseorang.
Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani
kehidupan seharian.




Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari,
lalui kehidupan yang lebih bahagia…



1. Tulus

2. Rendah diri

3. Setia

4. Berfikiran positif

5. Perwatakan ceria

6. Bertanggungjawab

7. Percaya kepada diri sendiri

8. Pemaaf

9. Mudah berkira

10. Empati

 

TULUS
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang.
Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman
dan dihargai dengan kehadiran kita.



Orang yang tulus tidak akan memperbodoh
atau berbohong apabila berkata-kata.
Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran,
tidak suka mengada-ngada,
berpura-pura,
mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.

Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”.
Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini
digabungkan dengan kebijaksanaan.
Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.



RENDAH DIRI

Bukan rendah diri di atas kelemahan,
 tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan.
Inilah yang sukar manusia lakukan.
Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri.
Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui
dan menghargai keunggulan orang lain.
Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.

Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kita untuk berasa segan dengan kita.

Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya
daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

SETIA
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya.
Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap,
selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban
dan tidak berkhianat.



BERFIKIRAN POSITIF
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha
melihat segala sesuatu dengan pandangan positif,
meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan
daripada keburukan orang lain,
lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan,
lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa,
lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

BERWATAKAN CERIA
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria.
Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai
dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup,
tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan.
Dia juga mampu mentertawakan situasi,
orang lain, juga dirinya sendiri.
Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

BERTANGGUNGJAWAB
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan
kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya.
Ketika mengalami kegagalan,
dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati,
dia tidak akan menyalahkan siapapun.
Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah
yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.



PERCAYAKAN PADA
DIRI SENDIRI
Rasa percaya kepada diri sendiri
memungkinkan seseorang itu menerima dirinya
sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t,
menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri
mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru.
Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

PEMAAF
Kebesaran jiwa dapat dilihat
dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain.
Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya
dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar,
tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

MUDAH BERKIRA
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan.
Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil.
Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu
dan tidak mahu khuatir dengan masa depan.
Dia tidak mahu memeningkan kepada
dan memberi tekanan kepada diri sendiri
dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

EMPATI
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan.
Orang yang mempunyai sifat empati
bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik
tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar
terbaik bagi kedua belah pihak.
Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri.
Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

 


Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga
jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing.
Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam,
dipupuk dan dirasai oleh semua orang.



Wallahu a’lam.

~LIDAH~



Beberapa waktu yang lalu,
saya pernah menerima sms/email dengan kata-kata yang kasar.
Meskipun hanya sebatas perkataan dalam bentuk tulisan,
tetapi kesannya cukup menyakitkan perasaan saya.
Dan hal ini membuat saya berpikir tentang “verbal abuse”.

Sebagai orangtua,
terkadang kita pun lalai menjaga perkataan kita.
Kita lupa,
bahawa kekerasan terhadap anak-anak bukan hanya secara fisik,
tetapi perkataan kasar dan kotor yang terlontar terhadap mereka pun
akan mempengaruhi jalan hidupnya,
bahkan mampu menghancurkannya.
Perkataan yang kasar dan buruk
biasanya jauh lebih kuat tersimpan dalam ingatan anak-anak kita.
Tidak heran jika mereka pun bisa dengan mudah berbicara kasar
dan sembrono kepada orang lain.
Anak belajar dari pengalamannya.
Bila ia dibesarkan dengan pujian,
ia akan tumbuh menjadi seseorang yang percaya diri.

Jika dibesarkan dengan cacian,
ia akan tumbuh menjadi seseorang yang gemar memaki orang.
 Jika dibesarkan dengan ucapan terima kasih,
ia akan tumbuh menjadi seseorang yang mengerti artinya bersyukur.
Jika dibesarkan dengan celaan, ia akan tumbuh menjadi anak yang tidak percaya diri.

Berapa banyak perkataan kasar yang mungkin tidak sengaja
kita lontarkan kepada anak-anak kita?

Mungkin hanya sebuah gurauan,
namun mereka akan menyimpannya untuk suatu saat
dikeluarkan kepada orang lain, bahkan mungkin lebih kasar!


Bukan hal yang mudah untuk mampu melihat kesalahan pada diri sendiri,
apalagi di hadapan anak-anak.
Tetapi kita adalah model teladan mereka.
Menyadari kesalahan dan memperbaikinya bukanlah aib.


Komunitas belajar di Kumon tidak hanya terbatas untuk anak-anak.
Tetapi juga bagi guru dan orangtua.
Melalui proses belajar anak-anak, baik Matematik ataupun Bahasa Inggeris,
kita boleh belajar untuk membentuk karakter yang baik pada diri mereka.
Berikan pujian dan dukungan setulusnya dalam setiap langkah kemajuannya.
Bila kita masing-masing berusaha sungguh-sungguh melakukannya bagi anak kita,
tentu kita dapat mewujudkan suatu perubahan besar bagi perdamaian dunia.
Dan tak lupa semuanya tetap disertai dengan doa.

09 December 2009

~rindu~



Sayangi la daku

07 December 2009

~aNaK~ Part 1

Ya ALLAH,
lame mane lagi
aku le bertahan ngan sikap suami ku yang baran ni
YA ALLAH...
Aku da xmampu Ya ALLAH...

Dia banyak menyakitkan ati aku n terutamanye pd
anak aku...
Sampai bile Aku le tahan ngan laki aku...
Tapi anak....

YA ALLAH
ANak...anak...anak...
Haziq...haziq...haziq....
Bukan senang orang nak dapatkan anak...
But nape suamiku sanggup....
Dia je yang sanggupkan uat g2...
mungkin secara fizikal....memang xder kesan...
secara mental...
aku ngan anak akan hadapinye...
bukan senang nak didik anak...
but dia da melukakan ati anak aku...

Ati aku xper lagi...
aku le trime....
but aku mama...
aku ghase sdh sgt....
anaknye yang terLALU sayangkan dia...
dia sanggup kate !#$%^^&*()_+

YA ALLAH
aku Benci ngan suamiku sendiri...
Dia xde perasaan....
Dia xmenyayangi kami lagi ker?
nape dia uat kami begitu....

Abang,
Andai kate jdh kite xpanjang...
abang redha jer...
Kalu abang bace blog ayang nie...
ni la ati AYANG sekarang...
*BENCI*
*MENYAMPAH*
*RINDU*
*SAYANG*
*MELUAT*
*JAHANAM*
*SEDIH*
*PILU*

Abang renungkan balik....
Ayang xkn bersuara pape...
aYANG AKAN pk yang abang da xsayangkan kami...
Ayang benci abang....
Ayang benci sikap abang...

Mungkin orang nampak kami k...
but Aku BERLAKOn semata2...
Kecewa ngan sikap orang yang aku sayang selama nie...

PERKAHWINAN
kita hanyelah landasan kasih sayang
kite...
but xtahu lame mane akan kukuh....
hingga akhir hayat?

Mungkin kite PANAS!!!
xle bersama....
ayang akan tarik diri bile ayang da bersedia hidup
TANPA abang...HAZIQ anak ayang...
Segarang2 ayang terhadap haziq...
ayang xpenah ckp aziq !#$%^&*()_+
abang bukan babah terbaik untuk HAZIQ...
Mungkin di mate kwn2 abang, abang the perfect MEN....
<<>>
but patut pun ayang jauhkan haziq dr abang
ayang kenal abang LEBIH dr 2...
abang xle DIDIK KAMI!!!
Abang bukan TERBAIK untuk kami!!!

Selama ini mungkin ayang le trime kekurangan abaNg!!!
Now TIDAK....

SEkarang, kite juz lalui jer....
kalu de jdh n ALLAH panjangkan jdh kite...
Kite ttp bersama...
JIka tidak....
Abang ngan ayang perlu mengikut haluan masing2...

Kerja penjara mengubah sikap suamiku...
dia samekan aku ngan banduan...
anak yang terima kesannye...

YA ALLAH,
engkau bagi la anak aku...
kekuatan.....
AKAN SIKAP BABAHnye....

YA ALLAH
bagi la suamiku sedar ape yang dia uat YA ALLAH.....


1ST..... continue....

28 November 2009

pENjArA..oh..pENjAra...

pENjArA..oh..pENjAra...
dia mengubah sikap suami aku....

Ya ALLAH pa ptt aku uat....
adakah aku perlu sabaq..
n sejauh mane aku le sabaq...

1thn, 10thn ataupun 100thn...
aku semakin xphm akan sikap suamiku....

ape yang menyebabkan dia brubah...
semua nie kerana PENJARA...

dEmAm

nape oh nape...
camne aku nak lalui ngan ati yg tenang...
aku makin xsuke akn sikap suamiku...
makin baran...

anak jd mangsa kena marah...
disebabkan i2...
smpai dmm...
smlam 27 smalaman aku jg anak kesayangan aku dmm...
DEMAM TERKEJUT2...

hmm...bang nape abang makin berubah?
xkn bosan dgn kami...
kami makin xphm ngan sikap abang 2...
abang ubah la demi kami bang...

anak aku syg sgt kt dia...
but pe dia uat?
mrh2?

ape semua nie bang...
ape slh kami...
sbenarnye...
sume dtg dr ABANG....
abang PUNCA segalanyer...

abang nie cam tekanan jer?
tekanan KERJA....

26 November 2009

FiKiRkAn



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran,

orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn