Pages

24 April 2010

YA ALLAH tolong AKU

Tadi dalam kul 10...dpt 1call dari hs...
hs hubby aku...
kakak aku call....
dia cakap ayah aku xcihat...

Ya ALLAH...
dia (AYAH) da ckp kalu jd pape kt dia...
tolong panggil ambulance,,,,

Xnak nyusahkan anak2...
Ye la...
Org tuakan....

Isok pagi....
aku 1 family nak bertolak dr kluang ke AS
Ya Allah tolong doakn kami slamat dunia akhirat...
KAWAN2 yang sudi menjengok blog nie...
doakan kami yer untuk melawat AYAH...
Doakan kami pegi dan balik yer....

22 April 2010

DEMAM

Ala nape nie...
Nak demam la..
seram sejuk nye...
dari pagi tadi...
Cam nak lik cepat jer...

Adoi...ngantoknye...
dapat tido nie sedap.....

Ya ALLAH. bg la cihat....

20 April 2010

LIFE makin meruncing

Hmm..xtau nak mule dari ane le...
Skrg nie...byk yang berlaku pade org muda,
baik xder JODOH, MENINGGAL, sakit...buang bayi...
sume dari yang muda2....

Yang terbaru....
Achik spin meninggal...
dok xdok... Si ANNe Ngasri plak kate pisah...
Adoi..takut la life skrg nie..
Ape nk jadi la...
Buang bayi pn makin teruk....
Bkn yang xberpelajaran...
Yang belajar masuk u..
uat perangai...
ntah la ek...

MAk aku slalu sms...
CAKAP...ape yang da kat tangan kite..
kena jage ilok2...
hmm..kite xpasti pe akan terjadi pade kite....
Ape pengalaman yang aku pernah alami....
Aku ghase cukup matang bagi aku...
untuk membuatkan sebarang keputusan....

Demi anak.....
Iallah....aku akan jage hubungan aku n suami sebaik mungkin...
Aku cube akan bagi peluang....
Aku cube sejukkn ati aku...
Aku nak anak aku akan bahagia bersama kami....

Ya ALLAH...
ape nak jadi?
Nape?
Kenapa?

17 April 2010

TUKAR||TUKAR||TUKAR||



Pihak Kerajaan sedang melaksanakan pengisian pegawai kumpulan sokongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 bagi jawatan di Perkhidmatan Gunasama Persekutan di bawah KPPA di seluruh Negara. Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa kepada semua pegawai-pegawai jawatan kumpulan sokongan berkenaan yang berminat untuk mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang online yang telah disediakan DENGAN KADAR SEGERA sebelum 29 April 2010. Semua keputusan pertukaran/penempatan adalah tertakluk kepada keputusan akhir Jabatan ini.





Adoi...mase aku xder plak
PERTUKARAN besar2an...
NAsib la....
AKU NAK TUKAR.....
NAK LIK KEDAH....
PERGH...sedihnyer....

15 April 2010

Aktiviti buLan MAC + APRIL


AKTIVITI GUNTING RAMBUT....
NIE LA....
BABAH AKAN PEGANG DIA....





nIE LA AKTIVITI bujang
huhuhu...suke la 2...
main ini..main i2...
buat ape dia suke...
tergolek...telentang...tertonggeng...
huhu...

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN....

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka. Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan “benda” yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin “diberikan” akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam… tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.
Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.






Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.


Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah” modal insan” yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?


Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba rennungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding ‘keadaan’ keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. “Batuk” kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke “workshop” untuk diselenggarakan.


Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.


Bila kereta ‘aneh’ sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan… alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang ‘workoholic’ – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat… Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.


Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir.


Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh “kedutan” itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu “mercu tanda” pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.




Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati “turun” ke mata. Yang kita lihat bukan “body” tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya… Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.


Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang “permaisuri”. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang “orang gaji”. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang ‘terlalu’ dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.


Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang “sakit” – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara…

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi… Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang ‘hilang’ akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang ‘pergi’… akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak ‘pulang’ atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda ‘pergi’ atau dia yang ‘pergi’. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!





||hApPy BuFDay||

Smalam 14.04.2010
Genapla umur suami aku 28 tahun...
Ari ni 28 tahun 1 hari...

HAPPY BUFDAY BAH

13 April 2010

||SEDIH||

Nape?
Adoi....Ape aku pkkn ni..
Jelez..Memang pn...
hehehehe...
Bukan ape....sebenarnye...
AKAK AKU DAPAT TUKAR
dari PUTRAJAYA ke KEDAH
nak ikut...........................

Sedih la....
bkn sedih ape...
Aku ghase cam aku sekarang sowang jer....
hehe...emo plak...


Aku tintong nie....AKu nak ikut dia....
Dia g brefing 15hb...LAPOR diri 19hb...
dia nak lik UTARA...
Dekat ngan mak, ayah n anak n hubby dia...

Pape pn aku ucapkn tahniah lew....
Suke la dia....
Aku harap akak aku happy k...


08 April 2010

|| TAG....jawab la....sape2 eh (suke2) ||

1. How old were you when your first child was born?
24 if ikut bulan...ikut tahun mase 2 da 25 tahun

2. What month and year was your youngest child born?
Seorang je anak nye.. Baby Boy now da 2 tahun 5 bulan...ikut tahun da 3 tahun

3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Happy..happy... coz..ngandungkan anak yang sememangnya ditunggu
co'z hasil dari suami tersayang..but long2 ago la...

4. Who did you tell first?
Laki Aku la...hmm..happy...

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy?
xingat...setahunyer....64 naik 67 kot....
cam berat sekarang...67kg...hahahaha

6. What did you crave while you were pregnant?
No morning sickness...
but masuk Hospital sebab kencing kotor...
(Kurang Minum Air)
7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
I dream the first is GIRL ...
nak bg baby girl pakai lawo2..Idam anak perempuan..
but kuasa tuhan ALLAh bagi kekuatan bagi anak lelaki...
coz iallah le jage mama bile da beso...

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Sakit perut cam nak terberanak mase 7 bulan...
DOC ckp kalu le jgn beranak lagi...
bagi cukup 9 bulan..
9. How much did your first Weight?
3/4 kg (may be) -LUPE ar...

10. Was your first child early, late, or on time?
ON TIME ikut buku merah 21 November 2007

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
PIPINYE Alah teruk...
coz minum susu yang xsesuai dengan dia...

12. What's your favorite part of being a mom?
dapat cuti sepenuhnye selama 2 bulan n dibayo gaji penuh...
jage baby yang xragam..
but now..pergh....ragam yang teramat2...
13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
So bad...aku ghase...aku patut tobat marah anak aku...
Susah jadi mama n babah sebab anak xnk dengar kate....
ikut pale dia...
Mase 2 la tension...

14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about
to have their first child?
Jage anak ilok2..Kawal marah...
15. Did you always think you'd have kids?
ALWAY'S..

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
xder jawapan

17. Are there things you miss about life before kids?
Yup...TIDO SECUKUPNYA

18. How many children do you have?
ONLY ONE

19. Do you plan to have any more children?
May be...but long time...

20. Who's the mom that you admire most?
MAk kite la...tabah jage anak 3 orang cam 30 orang...
haha...terutamanya AKU...
And I would like to tag my frens..

1) MASLINA OMAR
2) adeq
3) fiza (mama adam n akma)

05 April 2010

Ya ALLAH Tuhanku , aku xmampu

tarik diri?
i2 keputusan terakhir le aku pkkn uat mase nie...
aku rungsing sgt...
nape aku nie bkn kekasih awal n akhir bg suamiku?
hmm...
adakah aku nie hanya seorang teman, isteri yang di kategorikan terdesak?
aku ghase...
aku kecewa sgt...

Aku tahu...
aku susah..
da org lain lagi yang susah dr aku...
seksa dari aku...

AKu jd camnie..
perasaan aku sebenarnye...
dlm mase yang same aku rase aku nie xpenting bg life suamiku...
but...susah aku nak terangkan..

mungkin tarik diri lebih baik...
aku ghase...aku perlu mase
untuk menerima suamiku...

Sayang, mesra,trima seadanya...cinta...sume 2 dulu....
but sekarang....Bohong la...xde sedetik ...sekelumit ghase sayang...
now....
AKu xpasti ngan ati aku....

Aku xmmpu la nk hadapi nie...
aku dah ghase kecewa...
Aku nk serah sume pd ILAHI...

Ya ALLAH...
engkau bg la hati wan 2...pade org lain...
bkn untuk aku...
aku da xmmpu nk bg dia kebahagiaan...

Semua nie dia yang create...
dia membuatkn ati aku jd sebesalah...

Aku kahwin ngan dia...
aku serahkan sume pd dia...
susah senang ngan dia...
but...
mungkin ati dia masih da untuk insan lain....


Ya ALLAH, andaikata jodoh aku ngan suami
ni demi anak engkau panjangkan...
Jika jodoh antara kami da xda..
kasih sayang da xde...
Aku rela
Ya ALLAH... ditinggalkan...
Aku xnk sakit..
Aku xnk sakitkan diri aku sdr...
Cukup La Ya ALLAH...
Aku da xmmapu...
nak bohong diri aku...
Aku terlalu cemburu...
Cemburu...
Aku nk 1 ari nanti...
bile aku da xde di sisi suamiku..
Baru suamiku sedar yang aku penting untuk nye...

Biar la dia sedar secepat mungkin...
but kalu dia xsedar gak....
Engkau permudahkan la perjalanan idupku...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn